01 March 2010

Kejohanan Balapan & Padang 2010

SMKMM 24 - 25 Februari - Kejohanan Balapan & Padang adalah acara tahunan wajib diadakan setiap tahun. Dan pada tahun ini, ia sekali lagi diadakan bagi memenuhi takwim sekolah 2010 sekaligus mencungkil bakat kesukanan dalam diri pelajar SMK Mahmud Mahyidin. Kejohanan Balapan & Padang 2010 telah dirasmikan oleh Tuan Pengetua SMKMM, Puan Hajah Nik Raina Nik Taib. Kejohanan pada kali ini diadakan selama 2 hari iaitu bermula pada petang 24 Februari dan berakhir pada tengahari 25 Februari. Pada tahun ini, Rumah Sukan yang menjadi Johan adalah Rumah Temenggong. Naib Johan adalah Rumah Bendahara, diikuti tempat ketiga adalah Rumah Laksamana dan tempat keempat adalah Rumah Syahbandar. Tahniah kepada semula para pemenang yang telah menyumbangkan mata kepada rumah sukan masing-masing. Bagi mereka yang terpilih untuk mewakili sekolah ke peringkat seterusnya,diharapkan anda semua akan mengharumkan nama sekolah.
"KEGEMILANGAN SUKAN BERMULA DI SEKOLAH"

No comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP