31 March 2010

Majlis Sambutan Maulidur Rasul 2010 / 1431 H

SMKMM 27 - 28 Mac - Majlis Sambutan Maulidur Rasul 2010 / 1431 H telah diadakan bertempat di Musalla SMKMM. Majlis bermula pada hari Sabtu iaitu 27 Mac jam 5.00 petang yang mana segala persiapan awal untuk memasak daging dilakukan.
Seawal 7.20pagi pada 28 Mac, para pelajar berkumpul di tapak perhimpunan untuk mendengar taklimat dan mengambil kehadiran. Kemudian para pelajar di benarkan untuk bersarapan pagi sebelum bermulanya aktiviti.
Pada jam 8.15 pagi, ceramah Maulidur Rasul 1431 telah disampaikan oleh Yang Berbahagia Ustaz Bahrain bin Yusoff, Imam Muda Masjid Kg. Sireh dan kemuadian berselawat beramai-ramai. Aktiviti diteruskan dengan persembahan nasyid daripada para pelajar dan diikuti tayangan video.
Majlis diakhiri dengan jamuan sebelum para pelajar bersurai.

09 March 2010

Majlis Pelancaran Sekolah Bestari Luar Bandar & Pelantikan Briged Bestari

SMKMM 7 Mac - Bertempat di Dataran Cemerlang SMKMM, Majlis Pelancaran Sekolah Bestari Luar Bandar & Pelantikan Briged Bestari 2010 telah diadakan. Majlis telah dirasmikan oleh Ybrs. Puan Hajah Mazenah bt Mohamad, Ketua Penolong Pengarah Bahagian teknologi Pendidikan Kelantan.

Briged Bestari SMK Mahmud Mahyidin ditubuhkan setelah sekolah mendapat pengiktirafan sebagai Sekolah Bestari Luar Bandar Penanda Aras pada Februari 2010. Sebagai permulaan, ahli - ahli Briged Bestari terdiri daripada para pelajar Tingkatan 4 Bestari iaitu seramai 25 orang pelajar dan 5 Bestari iaitu seramai 17 orang pelajar, yang mana para pelajar ini mengambil matapelajaran Elektif ICT.

Diantara objektif utama penubuhan Briged Bestari ialah
  1. Mempelajari ICT serta menanam minat dan kepakaran para pelajar dalam bidang ICT dan penggunaan peralatan ICT sekolah
  2. Berkongsi kemahiran antara pelajar dalam penggunaan ICT untuk tujuan positif dan berfaedah
  3. Menyebarkan ilmu berasaskan ICT serta maklumat berguna pekada rakan - rakan lain
Fungsi - fungsi penting Briged Bestari ialah
  1. Membantu kerja - kerja penyelenggaraan yang mudah serta pengawasan peralatan serta penggunaan ICT di sekolah
  2. Membantu para pelajar lain dalam penggunaan peralatan ICT
  3. Membantu menyebarkan maklumat terkini ICT serta yang berkaitan Briged Bestari
  4. Membantu guru dalam hal yang berkaitan dengan penggunaan ICT
  5. Mengaplikasikan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran

































  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP