10 August 2010

RAMADHAN KEMBALI LAGI

Selamat Menyambut Ketibaan Ramadhan Buat Seluruh Warga SMK Mahmud Mahyidin & Tidak Lupa Kepada Semua Pengunjung Blog Sekolah Ini
Semoga Kedatangan Ramadhan Ini Disambut Dengan Kesihatan Tubuh Badan, Keringanan Beramal Kebaikan, Kesungguhan Memperbaiki Kekurangan & Kemaafan Melapangkan Jalan Kebahagian
Diharapkan Segala Amal Ibadat Kita Diterima & Diberkati OlehNYA
INSYALLAH

08 August 2010

Program Keselamatan Jalan Raya 2010




















































Majlis pelancaran program keselamatan jalan raya 2010 ini diadakan pada 8 Ogos 2010 bertempat di Dataran Cemerlang, SMK Mahmud Mahyidin. Beberapa aktiviti diadakan sempena program ini seperti ceramah jalan raya, pertandingan ujian JPJ dan sebagainya.

07 August 2010

Mini Karnival Sukan


















Mini karnival sukan ini diadakan dengan berkonsepkan "1 Pelajar 1 Sukan". Banyak acara sukan diadakan selama satu hari ini dan seorang pelajar hanya boleh menyertai 1 sukan sahaja. Antar acara sukan yang diadakan ialah bola sepak futsal, bola jaring, ping pong, karom, catur dan sebagainya lagi.





Slide ini memerlukan Adobe Flash Player di intalasikan di komputer anda, jika slide diatas ini tidak dapat ditayangkan anda boleh memuat turun Adobe Flash Player dengan klik MUAT TURUN ini.

01 August 2010

Kejohanan Bolasepak 4 Penjuru (Antara Guru)



Kejohanan Bolasepak 4 Penjuru ini diadakan di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV pada pukul 8.00 malam 1 Ogos 2010. Kejohanan ini disertai oleh 4 pasukan iaitu SMK Mahmud Mahhyidin, SMK Wakaf Bharu, SM Teknik Pengkalan Chepa dan SM Sains Tengku Muhammad Faris Petra. Perlawanan dijalankan secara kalah mati.

 Keterangan Gambar :
Gambar 1 : Pasukan yang mengambil bahagian bergambar sebelum perlawanan dimulakan.
Gambar 2 : Pasukan SMK Mahmud Mahyidin

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP