05 March 2011

Sambutan Maulidur Rasul 1432H

Golongan pelajar adalah generasi yang akan menentukan survival ummah dan negara pada hari muka. Golongan guru pula sebagai penggerak dan pemacu kecemerlangan pelajar. Kedua-dua golongan ini memerlukan persiapan yang mantap dan kukuh dari segi ketahanan diri, keilmuan, kemahiran dan sebagainya bagi menghadapi cabaran semasa. Program ini adalah di antara pendekatan yang wajar diketengahkan ke arah menjamin melahirkan generasi yang cemerlang dan berkualiti.


 Para guru bersedia untuk memulakan solat hajat.


Pelajar perempuan dan guru perempuan bersedia untuk solat hajat.

 Ustaz Shaari mengetuai bacaan Yaasin.

 Para pelajar dan guru-guru turut membaca Yaasin selepas solat hajat.

 PK Petang, En Mohd Kamal bersama Ustaz Che Mat Amin menyempurnakan Bacaan Rawi (Berzanji) didalam musalla disaksikan dan didengari oleh semua warga SMKMM.

  Selawat keatas Nabi diketuai oleh Ustaz Azhar dan ikuti oleh para Penolong Kanan.

 Pn. Pengetua dan para guru perempuan juga bersama-sama mengalunkan selawat ke atas Nabi.

 PKP, En Mohd Zamri menyampaikan cenderamata kepada penceramah jemputan yang menyampaikan ceramah bertajuk "1 Malaysia 1 Ummah" pada hari tersebut.

Ustaz Azahar mengemukakan soalan kuiz sempena Maulidur RAsul kepada para pelajar.

No comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP