12 January 2011

Latihan Dalam Perkhidmatan 1/2011

Tarikh : 12 Januari 2011
Hari : Rabu
Masa : 2.20 - 4.30 petang
Tempat : Dewan Makan Asrama

Tajuk : Pengurusan Panitia

Tunjang utama pengurusan kurikulum ialah keberkesanan pengurusan panitia dalam merancang dan melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran khususnya di bilik darjah. Selain itu pengurusan panitia juga bertanggungjawab mengadakan teknik-teknik pengajaran dan pembelajaran yang terbaru dan saintifik serta berkesan diamalkan untuk memberi pelajaran yang sebaik-baiknya kepada murid, memastikan prestasi pencapaian mata pelajaran masing-masing sentiasa baik dan meningkat, menyelaras dan merangka program pemulihan, pengukuhan dan pengayaan, mengadakan latihan dalaman (inhouse training) kepada ahli panitia baru dan menyelenggarakan fail panitia secara berkala dan adhoc.
Cabaran semakin menuntut kecekapan yang tinggi setiap masa kerana sebaik sahaja berlaku perubahan dalam kurikulum, maka sedikit sebanyak ianya memberi kesan kepada pengurusan kurikulum sekolah. Justeru itu adalah perlu bagi guru-guru diberi pendedahan kepada pengurusan panitia agar pengurusan mantap akan menjuruskan kepada kecemerlangan sekolah ke tahap yang maksimum.

















Penceramah jemputan Tn. Hj. Helmi (Sektor Pengurusan Akademik, JPN) sedang menyampaikan ceramah beliau.

















Pn Pengetua juga mengikuti ceramah yang disampaikan.

















Guru-guru sedang khusuk mengikuti ceramah.


















Guru-guru mencatat isi penting dari ceramah yang disampaikan.

















Pn. Pengetua menyampaikan cenderamata tanda kenang-kenangan kepada penceramah jemputan.

















Penceramah sedang menikmati jamuan selepas selesai LDP.

No comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP