BERGANDINGAN MENCAPAI KEGEMILANGAN
01 December 2010
PIAGAM PELANGGAN SEKOLAH
1. Memastikan semua pelajar sekolah ini dapat belajar dengan selesa dari hari pertama persekolahan hinggalah ke hari terakhir persekolahan.
2. Memastikan setiap pelajar diberikan kemudahan belajar yang sewajarnya supaya mereka dapat belajar dengan baik menuju ke arah kecemerlangan akademik.
3. Memastikan semua pelajar berpeluang menyertai aktiviti kokurikulum sebaik mungkin untuk menuju ke arah kecemerlangan dalam pelbagai peringkat penyertaan.
4. Memberi tunjuk ajar dan bimbingan kepada semua pelajar dalam soal disiplin dan moral seterusnya menjadi insan yang kamil.
5. Sentiasa memberi layanan yang baik dan mesra kepada penjaga dan ahli masyarakat setempat dan sentiasa peka dan responsif kepada kehendak dan keperluan mereka.
6. Sentiasa bersedia dan sanggup menerima pendapat, cadangan, syor dan teguran yang membina daripada semua pihak demi mempertingkatkan prestasi perkhidmatan dan kecemerlangan sekolah.
7. Sentiasa bersedia membimbing pelajar untuk hidup bersatu padu dan mengamalkan budaya ilmu, sifat penyayang, celik sains dan teknologi, kreatif dan inovatif.
2. Memastikan setiap pelajar diberikan kemudahan belajar yang sewajarnya supaya mereka dapat belajar dengan baik menuju ke arah kecemerlangan akademik.
3. Memastikan semua pelajar berpeluang menyertai aktiviti kokurikulum sebaik mungkin untuk menuju ke arah kecemerlangan dalam pelbagai peringkat penyertaan.
4. Memberi tunjuk ajar dan bimbingan kepada semua pelajar dalam soal disiplin dan moral seterusnya menjadi insan yang kamil.
5. Sentiasa memberi layanan yang baik dan mesra kepada penjaga dan ahli masyarakat setempat dan sentiasa peka dan responsif kepada kehendak dan keperluan mereka.
6. Sentiasa bersedia dan sanggup menerima pendapat, cadangan, syor dan teguran yang membina daripada semua pihak demi mempertingkatkan prestasi perkhidmatan dan kecemerlangan sekolah.
7. Sentiasa bersedia membimbing pelajar untuk hidup bersatu padu dan mengamalkan budaya ilmu, sifat penyayang, celik sains dan teknologi, kreatif dan inovatif.
OBJEKTIF
- Meningkatkan Kecemerlangan Prestasi Akademik Pelajar Khususnya Dalam Peperiksaan PMR, SPM dan STPM
- Meningkatkan Kualiti Pengurusan Dan Pentadbiran Serta Kepimpinan Sekolah Ke Arah Mencapai Tahap Pendidikan Bertaraf Dunia
- Mewujudkan Iklim Dan Persekitaran Sekolah Ke Arah Peningkatan Keselamatan, Kebersihan dan Keindahan Alam Sekitar
- Melahirkan Pelajar Yang Berilmu Pengetahuan, Berketrampilan, Berakhlak Mulia, Bertanggungjawab, Berkeupayaan Mencapai Kesejahteraan dan Jati Diri Dengan Semangat Kenegaraan Demi Agama, Bangsa Dan Negara
- Meningkatkan Mutu Disiplin Dan Moral Yang Tinggi Di Kalangan. Pelajar Sehingga. Mencapai Tahap 'Zero Defect'
- Mempertingkatkan Taraf Profesional Serta Semangat Kerjasama Dan Permuafakatan Yang Utuh Di Kalangan Staf Dalam Satu Pasukan Bagi Mencapai Objektif Sekolah
- Berusaha Meningkatkan Sistem Pengurusan Dan Pentadbiran Sekolah Serta Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Penyayang Menerusi Penggunaan Teknologi Komunikasi Maklumat (ICT)
- Melahirkan Para Pelajar Yang Mempunyai Kemahiran Yang Tinggi Dalam Bidang Teknologi Maklumat (ICT)
- Mewujudkan Rangkaian Komunikasi Dan Kerjasama Yang Berkesan Di Antara Sekolah, PIBG, Alumni, Agensi Kerajaan, Swasta Dan Masyarakat Sekitar
- Berusaha Mencapai Hasrat Negara Ke Arah Wawasan 2020
24 November 2010
22 November 2010
Peperiksaan SPM & STPM 2010
Peperiksaan bermula 23 November 2010
Selamat menduduki peperiksaan SPM & STPM kepada semua pelajar tingkatan 5 & tingkatan 6 SMK Mahmud Mahyidin, diharap semua pelajar dapat menjawab dengan tenang dan mendapat kejayaan yang cemerlang.
Daripada :
Guru-guru SMK Mahmud Mahyidin
Selamat menduduki peperiksaan SPM & STPM kepada semua pelajar tingkatan 5 & tingkatan 6 SMK Mahmud Mahyidin, diharap semua pelajar dapat menjawab dengan tenang dan mendapat kejayaan yang cemerlang.
Daripada :
Guru-guru SMK Mahmud Mahyidin
20 November 2010
CUTI AKHIR TAHUN 2010
Sekolah mula bercuti pada 20 November 2010 hingga 1 Januari 2011. Persekolah pada tahun hadapan akan bermula pada 2 Januari 2011.
Selamat bercuti kepada anak-anak pelajar. dan jagalah kesihatan diri masing-masing.
Daripada :
Admin
Selamat bercuti kepada anak-anak pelajar. dan jagalah kesihatan diri masing-masing.
Daripada :
Admin
17 November 2010
Selamat Hari Raya Aidil Adaha
Selamat menyambut Hari Raya Aidil Adaha kepada semua warga SMK Mahmud Mahyidin dan pengunjung blog. Saya merakamkan berbanyak kemaafan jika ada kesilapan dalam pengunaan gambar tuan/puan semua, semuanya untuk mengambarkan keakraban dan rasa kasih sesama kita warga SMK Mahmud Mahyidin.
Sekali lagi saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adaha.
daripada ;
Mohd Barhanudin Sulaiman
Guru ICT / Pengendali Blog
Sekali lagi saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adaha.
daripada ;
Mohd Barhanudin Sulaiman
Guru ICT / Pengendali Blog
18 October 2010
Majlis Persaraan Puan Pengetua
Majlis persaraan untuk Puan Pengetua, Puan Hajjah Nik Raina Bt Nik Taib di adakan sebagai menghargai jasa dan bakti yang dicurahkan oleh beliau kepada SMK Mahmud Mahyidin. Majlis ini diadakan pada 18 Oktober 2010 bertempat di Dataran Cemerlang, SMK Mahmud Mahyidin.
17 October 2010
Majlis Malam Nostalgia Jamuan Akhir Tahun 2010.
Majlis seperti ini diadakan setiap tahun iaitu jamuan akhir tahun dan cabutan bertuah untuk guru-guru dan kakitangan SMK Mahmud Mahyidin. Tahun ini majlis ini ada sedikit kelainan dimana majlis ini juga merupakan majlis penghargaan untuk persaraan Puan Pegetua, Puan Hajjah Nik Raina Bt Nik Taib. Majlis ini diadakan di Hotel Raudah pada 17 Oktober 2010 bermula pukul 8.00 malam.
03 October 2010
Solat Hajat PMR 2010
Solat hajat untuk para ibu bapa pelajar PMR dijalankan pada 3 Oktober 2010. Majlis ini bermula pukul 6.40 petang iaitu ketibaan para ibu bapa pelajar dengan disambut oleh pentadbir dan guru-guru tingkatan 3. Majlis dimulakan dengan solat maghrib diikuti dengan bacaan Yaasin, seterusnya solat isyak dan diikuti dengan solat hajat.
23 September 2010
Majlis Hari Raya
Majlis Hari Raya ini diadakan pada 23 september 2010 bertempat di Dataran Cemerlang, SMK Mahmud Mahyidin. Slide diatas merupakan paparan majlis tersebut.
26 August 2010
10 August 2010
RAMADHAN KEMBALI LAGI
Selamat Menyambut Ketibaan Ramadhan Buat Seluruh Warga SMK Mahmud Mahyidin & Tidak Lupa Kepada Semua Pengunjung Blog Sekolah Ini
Semoga Kedatangan Ramadhan Ini Disambut Dengan Kesihatan Tubuh Badan, Keringanan Beramal Kebaikan, Kesungguhan Memperbaiki Kekurangan & Kemaafan Melapangkan Jalan Kebahagian
Diharapkan Segala Amal Ibadat Kita Diterima & Diberkati OlehNYA
INSYALLAH
08 August 2010
Program Keselamatan Jalan Raya 2010
Majlis pelancaran program keselamatan jalan raya 2010 ini diadakan pada 8 Ogos 2010 bertempat di Dataran Cemerlang, SMK Mahmud Mahyidin. Beberapa aktiviti diadakan sempena program ini seperti ceramah jalan raya, pertandingan ujian JPJ dan sebagainya.
07 August 2010
Mini Karnival Sukan
Mini karnival sukan ini diadakan dengan berkonsepkan "1 Pelajar 1 Sukan". Banyak acara sukan diadakan selama satu hari ini dan seorang pelajar hanya boleh menyertai 1 sukan sahaja. Antar acara sukan yang diadakan ialah bola sepak futsal, bola jaring, ping pong, karom, catur dan sebagainya lagi.
Slide ini memerlukan Adobe Flash Player di intalasikan di komputer anda, jika slide diatas ini tidak dapat ditayangkan anda boleh memuat turun Adobe Flash Player dengan klik MUAT TURUN ini.
01 August 2010
Kejohanan Bolasepak 4 Penjuru (Antara Guru)
Kejohanan Bolasepak 4 Penjuru ini diadakan di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV pada pukul 8.00 malam 1 Ogos 2010. Kejohanan ini disertai oleh 4 pasukan iaitu SMK Mahmud Mahhyidin, SMK Wakaf Bharu, SM Teknik Pengkalan Chepa dan SM Sains Tengku Muhammad Faris Petra. Perlawanan dijalankan secara kalah mati.
Keterangan Gambar :
Gambar 1 : Pasukan yang mengambil bahagian bergambar sebelum perlawanan dimulakan.
Gambar 2 : Pasukan SMK Mahmud Mahyidin
27 July 2010
KELEBIHAN BULAN SYA'ABAN
Sabda Nabi s.a.w. : Apabila masuk bulan Sya'aban, baikkanlah niatmu padanya, kerana kelebihan Sya'aban atas segala bulan seperti kelebihanku atas kamu.
Barangsiapa berpuasa sehari pada bulan Sya'aban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi tauladan Nabi Allah Yusuf a.s.di dalam syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti pahala Nabi Allah Ayub a.s. dan Nabi Daud a.s. Jika dia sempurnakan puasanya sebulan di bulan Sya'aban, dimudahkan Allah atasnya Sakrotulmaut dan ditolakkan (terlepas) daripadanya kegelapan di dalam kubur, dilepaskan daripada hira-hara Munkar dan Nakir, ditutup Allah keaipannya di hari kiamat dan diwajibkan syurga baginya.
Barangsiapa berpuasa pada awal hari khamis pada bulan Sya'aban dan akhir khamis daripada Sya'aban, dimasukan dia ke dalam syurga. (dari kitab Al-Barakah).
Berkata Siti Aisyah r.a., bulan yang lebih dikasihi oleh Rasululah s.a.w. ialah bulan Sya'aban.
Sabda Nabi s.a.w.: Sya'aban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku. Sya'aban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmini rohani).
Sabda Nabi s.a.w.: Bahawa puasa Syaba'an kerana membesarkan Ramadhan. Siapa yang berpuasa tiga hari daripada bulan Sya'aban, kemudian dia bersalawat atasku beberapa kali sebelum berbuka puasa maka di ampunkan oleh Allah dosanya yang telah lalu, diberkatikan rezki baginya, antara lain sabdanya lagi: Bahawa Allah Ta'ala membukakan pada bulan itu tiga ratus pintu rahmat.
Sabda Rasulullah s.a.w.: Dinamakan Sya'aban kerana padanya terdapat dapat kebajikan yang amat banyak dan puasa yang lebih afdhal sesudah Ramadhan ialah puasa bulan Syaaban. Pengertian Sya'aban: Kemuliaan, Ketinggian, Kebajikan, Jinak, Cahaya.
Sabda Nabi s.a.w.: Bahawa kelebihan Rejab atas bulan-bulan yang lainnya seperti kelebihan Qur'an atas segala kalam. Kelebihan Sya'aban atas bulan-bulan yang lainnya seperti kelebihanku atas segala Anbia' (Nabi-nabi). Kelebihan Ramadhan atas bulan-bulan yang lain seperti kelebihan Allah atas sekelian makhlukNya.
Bulan Sya'aban, keagungan malamnya dengan Nisfu Sya'aban seperti keagungan Ramadhan dengan Lailatul Qadarnya. Maka pada malam Nisfu Sya'aban telah datang Jibril kepada Rasulullah s.a.w lalu katanya: Angkat kepalamu ke langit, itulah malam yang Allah padanya tiga ratus rahmat dan diampunkan Allah sekelian orang yang menyangutukan (syirik) denganNya sesuatu, kecuali: tukang nujum, kekal dalam zina, kekal minum arak, derhaka terhadap ibubapa.
Allah menilik kepada hambaNya pada malam Nisfu Sya'aban maka diampunkan dosa segala makhlukNya melainkan orang syirik dan orang yang tidak bertutur dengan saudaranya.
Apabila pada malam Nisfu Sya'aban maka berjagalah kamu pada malamnya bersembahyang, beribadat dan puasa kamu pada siangnya. Allah berfirman yang bermaksud: Adakah orang yang meminta ampun maka Aku ampunkannya, adakah orang ditimpa bala Aku afiatkannya. Adakah orang yang meminta rezki maka Aku rezkikannya, demikianlah pertanyaan lainNya sehingga keluar fajar subuh.
Tersebut dalam kitab Al-Barakah: Bahawa jin, burung, binatang-binatang buas, ikan dilaut berpuasa mereka pada hari Nisfu Sya'aban
Tersebut di dalam Kitab Iqna' : Bahawa Jibril bersungguh-sungguh pada malam Nisfu Sya'aban menunaikan segala hajat. Maka datanglah Jibril kepada Rasulullah s.a.w. kali keduanya katanya: Ya Muhammad! gembirakanlah kamu bahawa Allah Ta'ala telah mengampunkan segala umatmu orang yang tidak mengsekutukanNya sesuatu, angkatkan kepalamu, lalu Rasulullah mengangkatkan kepalanya, tiba-tiba terbuka segala pintu syurga.
Bahawa malam Nisfu Sya'aban adalah hariraya Malikat, begitu juga pada malam Lailatul Qadar mereka tidak tidur, dipenuhi dengan amal dan ibadat sepanjang malamnya. Dan bagi anak-anak Adam berhariraya pada siang hari dengan berpuasa dan ibadat, kerana mereka tidur pada malamnya.
Allah tidak akan mengampunkan dosa pada malam Nisfu Sya'aban enam orang:
1. Orang yang kekal minum arak.
2. Orang yang durhaka dua ibubapanya.
3. Orang yang kekal dalam zina.
4. Orang yang banyak berkelahi.
5. Orang yang melakukan perjualan dengan sumpah yang dusta.
6. Orang yang memperlagakan orang supaya berkelahi.
Pada malam Nisfu Sya'aban setelah berlalu 1/3 malamnya, Allah turunkan kelangit dunia lalu berfirman yang bermaksud: Adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan permintaanya, adakah orang yang meminta, maka Aku perkenankan permintaanya, adakah orang yang meminta ampun maka Aku ampunkannya, adakah orang bertaubat maka aku Taubatkannya dan diampunkan bagi sekelian orang mukmin lelaki dan perempuan melainkin orang yang berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya.
Sabda Nabi s.a.w.: Hai Aisyah! adakah engkau izinkan aku sembahyang pada malam ini? Jawab Aisyah: Ya, aku izinkan, lalu Nabi pun bersembahyanglah sepanjang malam Nisfu Sya'aban itu, beliau telah diambil ruhnya (mati), lalu aku tutupkannya dengan kain, Daku letakankan tanganku di atas dua tapak kakinya. Maka gembira aku kerana beliau masih bernafas lagi dan aku dengar beliau membaca di dalam sujudnya yang bermaksud:
' AKU BERLINDUNG DENGAN KEMAAFAN ENGKAU DARI SIKSA ENGKAU DAN AKU BERLIDUNG DENGAN KEREDAAN ENGKAU DARIPADA KEHINAAN ENGKAU DAN AKU BERLINDUNG DENGAN ENGKAU DARIPADA KEJAHATAN YANG DATANG DARIPADA ENGKAU, AKU TIDAK TERHINGGA MEMUJI ENGAKU SEPERTIMANA ENGAKU MEMUJI DARI ENGKAU '
Nabi menyuruh Aisyah mengamalkan doa ini dalam sujud.
Sesiapa sembahyang pada malam Nisfu Sya'aban daripada umat Muhammad s.a.w. terlebih afdal daripadanya ibadatnya 400 tahun. Demikian Allah memberi tahu kepada Nabi `Isa a.s, lalu Nabi `Isa a.s. pun berdoa kepada Tuhan : Mudah-mudahan aku daripada umat Muhammad s.a.w.
Telah disebut empat malam istimewa tentang beribadat (berbuat amal kebajikan) iaitu malam Nisfu Sya'aban, malam Raya Fitrah yang pertama dan malam Arafah. Disembunyikan malam Lailatul Qadar kerana bahawasanya malam rahmat dan mereka daripada api neraka, supaya sapanjang malam Ramadhan atau sepanjang sepuluh yang akhir daripada Ramadhan umat Muhammad berlumba-lumba dalam ibadat dengan berjaga malamnya. Demikian pula saat mustajab doa pada hari Jumaat.
AMALAN PADA MALAM NISFU SYABAAN
1. Selesai sembahyang Maghrib hendaklah dibaca YASIN. Dengan niat panjangkan umurnya dalam mentaati Allah. Kemudian berdoalah. Kemudian dibacakan pula YASIN dengan diniatkan diluaskan Allah rezkinya yang halal dan diberkatinya, kemudian lalu dibacakan doanya. Kemudian dibacakan pula YASIN dengan diniatkan minta mati dalam iman, kemudian lalu dibacakan doanya.
2. Pada malam Nisfu Sya'aban sangat baik dibanyakkan beristighfar (memohon keampunan) dan taubat dari dosa-dosa besar dan kecil serta meminta diampunkan Allah ibubapa kita dan keluarga kita.
(Ya Allah, Engkau Tuhanku, tiada ada Tuhan melainkan Engkau, Engkau telah menjadikan aku dan aku adalah hambaMU, sentiasa berada dalam genggamanMu dan ketetapanMU, tiada ada kesanggupanku. Aku mengaku padaMU nikmatMu atasku dan aku mengaku kepadaMu dengan dosa-dosaku, maka ampunilah aku. Sesungguhnya tiada apa yang akan mengampun dosa melainkan Engkau jua. Aku berlindung dengan Engkau daripada kejahatan apa yang telah aku lakukan.)
3. Memohon keampunan dua ibubapa.
Maksudnya : ' YA TUHANKU AMPUNILAH AKU DAN KEDUA IBUBAPAKU DAN RAHMATILAH DUANYA SEPERTIMANA MEREKA MENDIDIK AKU DI WAKTU KECIL '
4. Memohon keampunan dan taubat diri: (70/100 kali pagi petang)
Maksudnya : ' AKU MOHON KEAMPUNAN ALLAH DAN AKU BERTAUBAT KEPADANYA '
Membaca: (beberapa kali - pahala seperti ibadat seribu tahun).
Maksudnya : ' TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH DAN TIADA KAMI SEMBAH MELAINKAN DIANYA, DENGAN CARA IKHLAS KEPADANYA, LAGI TETAP TEGUH DI ATAS TAUHID, WALAU PUN MEMBENCI OLEH ORANG-ORANG KAFIR '
5. Membaca Al-Qur'an.
6. Membaca Tasbih: (Seratus kali tiap-tiap satu) Maksudnya: Maha Suci Tuhanku yang Maha Tinggi.
Maksudnya : ' Maha Suci Allah dan dengan segala kepujianNya. Maha Suci Allah yang Maha Agung '
Maksudnya : ' Maha Suci Allah dan segala kepujian bagi Allah tiada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar (Agong) tiada suatu daya dan tiada suatu kekuatan melainkan dengan Allah Yang Maha Agong '
7. Membaca Solawat Atas Nabi: (10 atau 100 kali pagi dan petang)
8. Membaca Zikrullah : (100 kali selepas sembahyang Subuh dan Asar)
9. Sembahayang-sembahyang sunat : Sunat Mutlaq, Sunat Isyraq, sunat Dhuha, Sunat mengiringiFardhu, Sunat Awwabin, Sunat Tahajjud, Sunat Tasbih, Sunat Witir dan Sunat Hajat di tengah malam sebaik-baiknya memohon hajat sesuatu.
sumber : http://www.mail-archive.com/hira@alumni-hira.org/msg01313.html
19 July 2010
Perjumpaan Ibu Bapa Pelajar PMR 2010
Perjumpaan ibu bapa pelajar PMR ini diadakan pada 19 Julai 2010 bertempat di Dewan Makan Asrama, SMK Mahmud Mahyidin. Perjumpaan ini bertujuan untuk memberi peluang kepada para ibu bapa untuk mengetahui perkembangan pembelajaran anak masing-masing secara lebih dekat. Ia juga untuk memberi pendedahan kepada ibu bapa tentang kepentingan pelajaran kepada anak-anak.
29 May 2010
Hari Keluarga
Slid show beberapa gambar sekitar hari keluarga di Perdana Resort. Hari Keluarga ini diadakan pada 29 Mei 2010. Beberapa acara sukaneka diadakan untuk mengeratkan silatulrahim antara guru-guru dan kakitangan SMK Mahmud Mahyidin dengan keluarga masing-masing.
16 May 2010
Majlis Sambutan Hari Guru 2010
Beberapa gambar aktiviti semasa sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah pada 16 Mei 2010. Sambutan diadakan di Dataran Cemrlang dengan acara perarakan masuk guru-guru diikuti dengan nyanyian tiga buah lagu iaitu lagu kebangsaan, lagu negeri dan lagu sekolah. Acara diteruskan dengan bacaan ucapan dari Menteri Pelajaran, Ketua Pengarah Pelajaran dan seterusnya ucapaan Puan Pengetua. Terdapat juga nyayian lagu Guru oleh para guru dan bacaan ikrar oleh guru-guru. Selesai acara rasmi tersebut diadakan juga sukaneka antara guru-guru dan akhir sekali adalah persembahan dari anak-anak pelajar dan guru-guru.
Subscribe to:
Posts (Atom)






