01 December 2010

PIAGAM PELANGGAN SEKOLAH

1.  Memastikan semua pelajar sekolah ini dapat belajar dengan selesa dari hari pertama persekolahan hinggalah ke hari terakhir persekolahan.
2. Memastikan setiap pelajar diberikan kemudahan belajar yang sewajarnya supaya mereka dapat belajar dengan baik menuju ke arah kecemerlangan akademik.
3. Memastikan semua pelajar berpeluang menyertai aktiviti kokurikulum sebaik mungkin untuk menuju ke arah kecemerlangan dalam pelbagai peringkat penyertaan.
4. Memberi tunjuk ajar dan bimbingan kepada semua pelajar dalam soal disiplin dan moral seterusnya menjadi insan yang kamil.
5. Sentiasa memberi layanan yang baik dan mesra kepada penjaga dan ahli masyarakat setempat dan sentiasa peka dan responsif kepada kehendak dan keperluan mereka.
6. Sentiasa bersedia dan sanggup menerima pendapat, cadangan, syor dan teguran yang membina daripada semua pihak demi mempertingkatkan prestasi perkhidmatan dan kecemerlangan sekolah.
7. Sentiasa bersedia membimbing pelajar untuk hidup bersatu padu dan mengamalkan budaya ilmu, sifat penyayang, celik sains dan teknologi, kreatif dan inovatif.

No comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP