05 September 2011

Majlis Sambutan Hari Kemerdekaan & Hari Raya Aidilfitri 2011

Pada tahun 2011 ini, Malaysia menyambut Hari Kemerdekaan ke-54 yang bertemakan "1Malaysia : Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera" dan Hari Raya Aidilfitri dalam bulan Ogos. Sambutan dua perayaan ini bagi peringkat sekolah diadakan untuk menyemarakkan lagi semangat patriotik dalam kalangan warga SMK Mahmud Mahyidin di samping merapatkan ukhuwah supaya lebih erat. Para pelajar perlu diterapkan dengan nilai-nilai bersyukur kerana dapat mengecapi kemerdekaan dan menjalani ibadat puasa yang merupakan satu rahmat kepada umat Islam.

SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN







   




 Sambutan Kemerdekaan ini dimulai dengan nyanyian 4 buah lagu iaitu lagu kebangsaan, lagu negeri, lagu sekolah dan Asma Al Husna diikuti dengan ucapan alu-aluan Bonda Pengetua. Seterusnya "Bicara Merdeka" disampaikan oleh Datuk Salleh Mad Akid diikuti nyayian lagu-lagu patriotik iaitu lagu 31 Ogos 1957, 1Malaysia, Wawasan 2020 dan lagu tema sambutan iaitu Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera. Acara diteruskan dengan persembahan sajak oleh guru dan pelajar.


SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI










 Jamuan sempena Hari Raya diadakan setiap kelas. Untuk memeriahkan lagi sambutan ini satu pertandingan cara menghidang makanan dan melayan tetamu juga diadakan untuk setiap kelas.

No comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP