04 April 2011

MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG DAN RUNDING CARA IBU BAPA & GURU PMR, SPM DAN STPM 2011

Pelajar-pelajar yang terlibat akan menghadapi peperiksaan penting pada tahun ini. Mereka mempunyai potensi untuk lulus cemerlang jika diberi galakan dan dorongan yang sewajarnya. Dengan memberikan motivasi ini para pelajar akan diberi suntikan semangat baru supaya berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kecemerlangan di samping memberi sokongan atas program-program lain yang dirancang untuk kebaikan masa depan mereka. Kerjasama pihak ibu bapa dan guru amat penting untuk membantu para pelajar mencapai cita-cita mereka.

Para ibu bapa yang tiba mendaftar diri di kantin sekolah.

Proses pendaftaran ibu bapa di pecahkan mengikut tingkatan anak masing-masing.

Tuan Haji Ahmad Termizi B. Hj Musa, Ketua Sektor Psikologi dan Kaunseling, JPN Kelantan menyampaikan motivasi kepada ibu bapa yang hadir tentang kepentingan pelajaran untuk anak-anak dan seterusnya merasmikan majlis tersebut.

Ibu bapa yang hadir mengikuti motivasi yang disampaikan.

Antara pelajar cemerlang yang menerima anugerah.

Pengetua SMK Mahmud Mahyidin, Pn Fauziah Bt Mohamad menyampaikan anugerah kepada pelajar yang berjaya dalam PKBS.

Tn Hj Ahmad Termizi menyampaikan anugerah kepada pelajar SPM 2010 yang berjaya mendapat keputusan cemerlang.

Tn Hj Ahmad Termizi menjamu selera selepas majlis bersama Pn Pengetua dan barisan pentadbir SMK Mahmud Mahyidin serta Pengerusi PIBG.

Ibu bapa pelajar SPM yang hadir berjumpa dengan guru-guru mata pelajaran anak masing-masing.

Proses runding cara Ibu bapa dan guru berterusan.

Runding cara pelajar PMR di Dewan Makan Asrama.

No comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP