10 March 2011

Majlis Jasamu Dikenang

Majlis Jasamu Dikenang diadakan bagi menunjukkan rasa keprihatinan dan menghargai jasa En Che Aziz B Daud dan En Wang Chee Chai yang telah memberi sumbangan dan pengorbanan kepada pihak sekolah.

En. Che Aziz dan En Wang bersama Pn Pengetua.

Majlis dimulai dengan bacaan doa selamat.

Ucapan dari Saudara Fida sebagai wakil pelajar.

En. Che Aziz b Daud menyampaikan ucapan terima kasih kepada pihak sekolah dan kata-kata semangat kepada para pelajar.

En. Wang Chee Chai juga menyampaikan ucapan terima kasih dan memberi kata-kata semangat kepada para pelajar.

Pn. Pengetua menyampaikan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada En. Che Aziz dan En Wang.

Para pelajar mendengar ucapan dengan tekun.

Pelajar lelaki mengikuti ucapan Bonda Pengetua dengan penuh minat.

Pn. Pengetua diiringi oleh PKP menyampaikan Sijil Penghargaan Perkhidmatan kepada En. Che Aziz B Daud.

Pn. Pengetua menyampaikan Sijil Penghargaan Perkhidmatan kepada En. Wang Chee Chai.

Pengerusi kelab guru dan staf, En Sapki B. Ab Wahab menyampaikan sumbangan guru kepada En. Che Aziz.

Pengerusi kelab guru juga menyampaikan sumbangan guru kepada En Wang Chee Chai.

Para pelajar bersalaman dan mengucapkan terima kasih kepada En Che Aziz dan En Wang.

Yang dirai bergambar bersama barisan pentadbir.

En. Che Aziz dan En. Wang bergambar kenang-kenangan dengan rakan-rakan guru.

No comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP