Briged Bestari SMK Mahmud Mahyidin ditubuhkan setelah sekolah mendapat pengiktirafan sebagai Sekolah Bestari Luar Bandar Penanda Aras pada Februari 2010. Sebagai permulaan, ahli - ahli Briged Bestari terdiri daripada para pelajar Tingkatan 4 Bestari iaitu seramai 25 orang pelajar dan 5 Bestari iaitu seramai 17 orang pelajar, yang mana para pelajar ini mengambil matapelajaran Elektif ICT.
Diantara objektif utama penubuhan Briged Bestari ialah
- Mempelajari ICT serta menanam minat dan kepakaran para pelajar dalam bidang ICT dan penggunaan peralatan ICT sekolah
- Berkongsi kemahiran antara pelajar dalam penggunaan ICT untuk tujuan positif dan berfaedah
- Menyebarkan ilmu berasaskan ICT serta maklumat berguna pekada rakan - rakan lain
- Membantu kerja - kerja penyelenggaraan yang mudah serta pengawasan peralatan serta penggunaan ICT di sekolah
- Membantu para pelajar lain dalam penggunaan peralatan ICT
- Membantu menyebarkan maklumat terkini ICT serta yang berkaitan Briged Bestari
- Membantu guru dalam hal yang berkaitan dengan penggunaan ICT
- Mengaplikasikan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran
tahniah
ReplyDeletenape form 4 n 5 jer jd Briged Bestari..best yer!
ReplyDeleteANONYMOUS : terima kasih
ReplyDeleteGUEST : ini sbg permulaan..mungkin selepas ini, pihak sekolah akan buka keahlian kpd pelajar tingkatan lain..