28 February 2010

Kem Kepimpinan Pengawas SMK Mahmud Mahyidin 2010

Perdana Resort 25 - 27 Februari - Unit HEM SMK Mahmud Mahyidin telah mengadakan Kem Kepimpinan Pengawas SMK Mahmud Mahyidin 2010 bertempat di Perdana Resort, PCB Kota Bharu. Kem ini berlangsung selama 3 hari 2 malam yang mana bermula pada petang Khamis 25hb Februari. Para pelajar yang terlibat telah berkumpul di perkarangan Asrama SMK Mahmud Mahyidin sebelum menaiki bas yang disediakan untuk ke sana.
Sepanjang 3 hari 2 malam di sana, para pelajar telah terlibat dengan 7 slot yang telah disediakan oleh guru-guru berpengalaman bagi memupuk sifat kepimpinan dan keyakinan di dalam diri setiap pelajar. Selain daripada aktiviti-aktiviti kepimpinan, para pelajar juga diserapkan dengan aktiviti keagamaan seperti melatih mereka untuk solat secara berjemaah, Qiamullail dan juga disampaikan kuliah setiap kali selepas solat. Ini bagi membentuk peribadi yang seimbang dikalangan para calon pemimpin sekolah dari segi rohani dan jasmani.

Para pelajar tiba di Perdana Resort PCB dan mendengar taklimat daripada Kaunselor

Menjamu selera sebelum memulakan Slot yang pertama

Slot 1 - Ice Breaking oleh En. Nik Mohd Fauzi Sarapan pagi pada hari kedua di Perdana Resort Slot 2 - Pembinaan Imej Kumpulan oleh Pn. A'aishah Slot 3 - Pembentangan Pembinaan Kumpulan yang dikendalikan oleh En Nik Mohd Fauzi Slot 4 - Ceramah 1 oleh Tn Hj Mohd Naim Cenderahati kepada para pelajar yang berani tampil ke hadapan untuk memberikan pendapat dan pandangan sepanjang sesi soal jawab bersama Tn Hj Mohd Naim Para pengadil dan urusetia pada malam Persembahan Kumpulan Para pelajar menunjukkan bakat masing-masing disamping memupuk sikap kerjasama dikalangan mereka dalam menjayakan setiap persembahan Sebahagian daripada urusetia dan orang kuat sepanjang Kem Kepimpinan Pengawas SMK Mahmud Mahyidin 2010

08 February 2010

Kejohanan Merentas Desa SMK Mahmud Mahyidin 2010

SMKMM 6 Februari - Kejohanan Merentas Desa SMK Mahmud Mahyidin 2010 telah diadakan yang mana telah dirasmikan oleh Tuan Pengetua SMKMM Puan Hajah Nik Raina bt Nik Taib di Padang SMKMM. Kejohanan ini telah dimulakan dengan sedikit taklimat yang telah disampaikan oleh En Mustafa Salim. Kemudian ia diikuti oleh senamrobik seterusnya bacaan doa sebelum memulakan larian.
Kejohanan merentas desa ini telah dibahagikan kepada 8 kategori iaitu Perempuan D & E, Lelaki D & E, Perempuan C, Perempuan B, Perempuan A, Lelaki D, Lelaki B dan Lelaki A. Setiap kategori dilepaskan selang 5 minit.
Majlis penyampaian hadiah kepada pemenang telah disampaikan oleh Tuan Pengetua, Puan Hajah Nik Raina bt Nik Taib sambil diiringi oleh PK Kokurikulum, Encik Wan Adnan b Wan Bidin.
Tahniah kepada semua pemenang. Diharapkan ia akan menjadi sumber inspirasi kepada para pelajar yang lain.

02 December 2009

HUBUNGI KAMI

Sekolah Menengah Kebangsaan Mahmud Mahyidin
Pasir Pekan, 16250 Wakaf Bharu, Kelantan
Telefon : 09 - 7196864 Fax : 09 - 7195085
Emel : smkmahmudmahyidin@yahoo.com.my

LAGU SEKOLAH

SEKOLAH MAHMUD MAHYIDIN SEKOLAH KEBANGGAAN KITA MENDIDIK DENGAN PRIHATIN MENCAPAI WAWASAN BANGSA BELAJAR, BERUSAHA HADAPI CABARAN BERIMAN, BERILMU, BERTAQWA DAN BERAMALAN CEMERLANG DI DALAM SEGALA KEGIATAN NILAI - NILAI MURNI SENTIASA DIKEKALKAN SEKOLAH MAHMUD MAHYIDIN SEKOLAH KEBANGGAAN KITA MENDIDIK DENGAN PRIHATIN MENCAPAI WAWASAN BANGSA JASMANI, ROHANI, INTELEK DAN EMOSI DIPUPUK, DIBINA, DIBELAI DAN DITERAPKAN MELAHIRKAN MANUSIA SEIMBANG DAN HARMONI YANG CEKAP, YANG CEKAL YANG SEDAR KEWUJUDAN TUHAN MAJULAH MAHMUD MAHYIDIN MAJULAH SEKOLAH KITA MENDIDIK DENGAN PRIHATIN MENCAPAI WAWASAN BANGSA

SEJARAH SMK MAHMUD MAHYIDIN

Sekolah ini mula ditubuhkan pada tahun 1965 dengan nama Sekolah Menengah Rendah Pasir Pekan. Pada ketika itu, ia tidak mempunyai bangunan tetap dan hanya menumpang di Sekolah Kebangsaan Pasir Pekan di sebelah petang.

Bilangan pelajar ketika itu seramai 169 orang, yang mana terbahagi kepada 5 kelas. Tenaga pengajar pula seramai 5 orang dan Guru Besar pertama ketika itu ialah Encik Mohd Daham bin Haji Abd Hamid. Beliau berasal dari Kubang Kerian.

Pada 9 September 1966, para pelajar telah berpindah ke bangunan kekal yang siap dibina pada pertengahan tahun 1966. Blok-blok bangunan terdiri dari 2 blok utama iaitu Blok A dan Blok B serta kantin dan sebuah bengkel seni perusahaan.

Bangunan baru ini telah dirasmikan oleh Menteri Pendidikan pada ketika itu iaitu Encik Mohd Khir bin Johari pada 2 Julai 1967. Dengan dipersetujui oleh keluarga Allahyarham Major Haji Mahmud Mahyidin D.P.M.K., M.B.E., sekolah ini telah diberi nama beliau sebagai tokoh yang telah banyak berjasa di bidang pelajaran, ketenteraan serta kebajikan rakyat di Kelantan khasnya. Sehingga kini, sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Mahmud Mahyidin.

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP