27 January 2011

KEJOHANAN MERENTAS DESA 2011

















Kejohanan Merentas Desa ini diadakan bermatlamat merealisasikan konsep 'Sukan Untuk Semua' dan memanifestasikan Dasar Sukan Negara ke arah perpaduan nasional serta membina bangsa dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Kejohanan ini bermotokan "Kegemilangan Sukan Bermula Di Sekolah".

















En Mustafa sedang memberi taklimat tentang 'check point' kepada guru yang bertugas.

















Para pelajar melakukan senaman memanaskan badan dahulu sebelum memulakan larian.

















Pn. Pengetua bersedia untuk melepaskan pelajar mengikut kategori masing-masing.

















Para pelajar yang menyertai merentas desa di satu 'check point'.

















Yg. Brs. Tn. Hj. Zakaria (Pegawai PPD Tumpat) sedang menyampaikan medal kepada pemenang.

















Pegawai PPD menyampaikan hamper kepada Ketua Penasihat Rumah Sukan yang menjadi johan.


















Tn. Hj. Nazir selaku Ketua Penasihat Rumah Temenggong bersama ahli Rumah Temenggong.

23 January 2011

MAJLIS PELANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH 2011

















Pengawas adalah tulang belakang guru dan bakal pemimpin masyarakat pada masa hadapan. Mereka dipilih berdasarkan kepada bakat kepimpinan, cara berkomunikasi yang baik serta berketerampilan. Justeru majlis pelantikan perlu diadakan sekali gus memberi penghormatan dan pengiktirafan kepada barisan pengawas sekolah agar mereka dapat meningkatkan jati diri pelajar dan membina negara bangsa. Semoga penghormatan ini dapat menyemai rasa kecintaan yang mendalam terhadap tugas di sekolah dalam diri setiap pengawas.

















Pn. Hjh. Rosnah (KSPK) di iringi oleh Pn Pengetua dan barisan pentadbir ke Dataran Cemerlang.



















Pn Pengetua menyampaikan ucapan alu-aluan.

















Pn. Hjh Rosnah (KSPK) menyampaikan ucapan dan merasmikan Majlis Pelantikan Pengawas 2011.


















Pn. Hjh Rosnah (KSPK) menyampaikan watikah pelantikan kepada para pengawas.


















Ketua Pengawas (Mohd Afendi) mengetuai bacaan ikrar pengawas.








Pn Hjh. Rosnah (KSPK) bergambar bersama barisan pentadbir dan para pengawas SMKMM 2011.

13 January 2011

Majlis Penyerahan Pelajar Tingkatan 4 ke SMK Kutan

Tarikh : 13 Januari 2011
Hari : Khamis
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Dewan Makan Asrama

Majlis penyerahan pelajar diadakan sebagai tanda pengiktirafan pihak sekolah terhadap anak-anak pelajar tingkatan 4 yang akan mendaftar di SMK Kutan. Segala jasa dan sumbangan anak-anak pelajar amat dihargai oleh pihak sekolah.


















Pn Pengetua dan barisan pentadbir serta wakil PPD Tumpat dan wakil SMK Kutan mengaminkan doa sebagai permulaan majlis.

















Antara pelajar yang terlibat bersama ibu bapa yang hadir.


















Pelajar lelaki bersama ibu bapa.

















Pn Fauziah Bt Mohamed, Pengetua SMK Mahmud Mahyidin meyerahkan senarai nama kepada wakil PPD Tumpat.

















Wakil PPD Tumpat menyerahkan senarai nama kepada wakil SMK Kutan.

















Pn Pengetua menyampaikan cenderamata kepada PK HEM SMK Kutan.

12 January 2011

Latihan Dalam Perkhidmatan 1/2011

Tarikh : 12 Januari 2011
Hari : Rabu
Masa : 2.20 - 4.30 petang
Tempat : Dewan Makan Asrama

Tajuk : Pengurusan Panitia

Tunjang utama pengurusan kurikulum ialah keberkesanan pengurusan panitia dalam merancang dan melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran khususnya di bilik darjah. Selain itu pengurusan panitia juga bertanggungjawab mengadakan teknik-teknik pengajaran dan pembelajaran yang terbaru dan saintifik serta berkesan diamalkan untuk memberi pelajaran yang sebaik-baiknya kepada murid, memastikan prestasi pencapaian mata pelajaran masing-masing sentiasa baik dan meningkat, menyelaras dan merangka program pemulihan, pengukuhan dan pengayaan, mengadakan latihan dalaman (inhouse training) kepada ahli panitia baru dan menyelenggarakan fail panitia secara berkala dan adhoc.
Cabaran semakin menuntut kecekapan yang tinggi setiap masa kerana sebaik sahaja berlaku perubahan dalam kurikulum, maka sedikit sebanyak ianya memberi kesan kepada pengurusan kurikulum sekolah. Justeru itu adalah perlu bagi guru-guru diberi pendedahan kepada pengurusan panitia agar pengurusan mantap akan menjuruskan kepada kecemerlangan sekolah ke tahap yang maksimum.

















Penceramah jemputan Tn. Hj. Helmi (Sektor Pengurusan Akademik, JPN) sedang menyampaikan ceramah beliau.

















Pn Pengetua juga mengikuti ceramah yang disampaikan.

















Guru-guru sedang khusuk mengikuti ceramah.


















Guru-guru mencatat isi penting dari ceramah yang disampaikan.

















Pn. Pengetua menyampaikan cenderamata tanda kenang-kenangan kepada penceramah jemputan.

















Penceramah sedang menikmati jamuan selepas selesai LDP.

10 January 2011

CERAMAH MAAL HIJRAH 2011














Golongan pelajar adalah merupakan generasi pewaris yang akan menentukan kelangsungan ummah dan negara pada masa akan datang. Golongan guru pula sebagai penggerak dan pemacu kecemerlangan pelajar. Setiap program yang diadakan adalah di antara pendekatan yang wajar diketengahkan ke arah melahirkan generasi yang cemerlang dan berkualiti.
















Puan Pengetua sedang berbicara dengan Penceramah














Ustaz Hj Zainuddin sedang menyampaikan ceramah Maal Hijrah.















Para guru sedang mendengar ceramah.



Para pelajar sedang mendengar ceramah.
















Pelajar menghayati ceramah yang disampaikan.

06 January 2011

Banjir

Tarikh : 6 Januari 2011
Hari : Khamis
Catatan : Hujan lebat membawa kepada banjir di sekitar sekolah. Antara beberapa lokasi yang di paparkan yang menunjukkan keadaan air yang teruk.

















Dihadapan makmal komputer.


















Diantara blog B dan C

















Guru mengharungai air untuk menjalankan tanggungjawab.


















Di hadapan makmal sains.

















Suasana di kantin semasa waktu rehat.

















Perjalanan balik di hadapan pintu pagar utama.

03 January 2011

Hari Pertama Persekolahan / Perhimpuan Pertama

Tarikh : 3 Januari 2011
Hari : Isnin
Masa : 7.20 pagi
Tempat : Dataran Cemerlang

















Para guru dan pelajar lelaki memulakan perhimpuan pertama pada tahun 2011 ini dengan menyayikan 3 buah lagu iaitu Negaraku, Selamat Sultan dan Lagu Sekolah.

















Pelajar perempuan juga semangat menyayikan lagu kebangsaan.

















Nukilan pelajar pada perhimpunan pertama dalam Bahasa Inggeris oleh Rabiatul Syaheba (5B)

















Ucapan sulung Pn. Hjh Fauziah Bt Mohamed (Pengetua SMK Mahmud Mahyidin) di tahun 2011 ini.

















Cendermata kepada Pn. Pengetua sempena tahun baru 2011.

















Lawatan pemantauan pada hari pertama persekolahan oleh En. Zulkifli (PPD Tumpat) untuk melihat proses pengajaran dan pembelajaran.

01 January 2011

SENARAI NAMA KETUA-KETUA PANITIA

Bahasa Melayu - Pn. Hjh. Normala bt. Ab. Rahman
Bahasa Inggeris - Pn Zaleha bt. Mohd. Zainuddin Tilak
Sains - Pn Zailane Hashim
Matematik - Pn. Wan Fatimi bt Wan Zain
SejarahPn. Hasnas bt. Mat Hassan
Geografi - Pn Hjh Wan Norzakiyyah Abdullah
Pendidikan Islam - Ustaz Sa'ari Abdullah
Sivik & Kewarganegaraan - En. Zakaria Abdullah
Pendidikan Jasmani & Kesihatan - En Ahmad Najib b Yusof
Kesusasteraan Melayu - Pn Noor Asmak Che Abu Bakar
Kemahiran Hidup - En Raimin Mohd Noor
Lukisan Kejuruteraan - En Ibrahim Mamat
ICT - En. Mohd Barhanudin b. Sulaiman
Sains Pertanian - Pn Rohani Isa
Pendidikan Seni - Pn Rosemiah bt Ahmad
Prinsip Akaun - Pn Wan Zuraida bt Wan Yusof
Perdagangan - Pn Fahimah bt Mahmood
Bahasa Arab - Pn. Yusnida bt Mohd Din

Manual Pengurusan 2011























Kulit hadapan untuk Manual Pengurusan 2011. Manual ini sebagai panduan untuk guru-guru berkenaan bidang tugas masing-masing.

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP